Tuesday, December 22, 2015

Rentak (beat)

Rentak ialah kesan bunyi denyutan yang terhasil apabila dua gelombang bunyi yang hampir frekuensinya berinterferens.

Katakan denyut yang didengari ialah dua denyut setiap saat, maka tempoh setiap denyut ialah 0.5 s bersamaan frekuensi rentak 2 Hz (1/T=1/0.5s).

Frekuensi rentak ialah beza antara kedua-dua frekuensi iaitu fb = |f1 - f2|.

Main simulasi berikut untuk mengetahui bagaimana rentak terbentuk
--> http://www.compadre.org/Physlets/waves/illustration18_1.cfm

Rajah berikut menunjukkan dua gelombang (garis biru dan hijau) yang sama frekuensi iaitu 100 Hz yang sefasa menghasilkan interferens membina.





Rajah berikut pula merupakan dua gelombang iaitu 100 Hz (merah) dan 110 Hz (hijau) menghasilkan rentak (biru). Didapati sesaran gelombang paduan berubah daripada maksimum kepada minimum menghasilkan kesan denyut. Kesan frekuensi rentak 10 Hz yang sama juga diperolehi sekiranya gelombang hijau berfrekuensi 90 Hz.



Antara kegunaan rentak ialah dalam melaraskan frekuensi dua alat muzik.
Katakan gitar A telah dilaraskan pada frekuensi yang dikehendaki f1.
Gitar kedua-dua dilaras sehingga rentak kedengaran menandakan frekuensinya hampir dengan f1.
Pelarasan dengan teliti akan mengurangkan frekuensi rentak sehingga rentak tidak kedengaran menandakan kedua-dua gitar telah ditala dengan sempurna.

No comments:

Post a Comment