Apakah itu gelombang pegun?
Gelombang pegun ialah gelombang yang terhasil apabila dua gelombang maju yang sama cirinya namun bergerak pada arah berlawanan bertindih.
Gelombang yang terhasil kelihatan tidak bergerak ke kiri mahu pun ke kanan.
Lihat simulasi berikut (Animasi 1 dan Animasi 2) --> http://www.compadre.org/Physlets/waves/illustration17_4.cfm
Apa yang membezakan gelombang pegun dan gelombang maju?
Terdapat beberapa ciri penting gelombang pegun tersebut, iaitu
1- terdapat titik-titik tetap berlakunya sesaran gelombang sentiasa minimum dipanggil titik nod.
2- terdapat titik-titik tetap berlakunya sesaran gelombang yang berubah-ubah dipanggil titik antinod.
3- titik nod dan antinod berselang seli
4- amplitud gelombang pegun adalah dua kali ganda amplitud gelombang maju yang membinanya.
5- frequensi gelombang pegun yang boleh dicerap melalui ayunan zarah pada titik antinod berayun pada frekuensi yang sama dengan frekuensi gelombang asal.
Bagaimana menghasilkan gelombang pegun?
Gelombang pegun pada tali boleh dihasilkan apabila ia diikat pada hujungnya supaya gelombang yang maju akan terpantul semula.
Dengan mengabaikan sebarang kehilangan tenaga, gelombang maju ke kanan akan bertindih dengan gelombang maju ke kiri (pantulan) menghasilkan gelombang pegun. (Lihat Animasi 3).
Apakah kegunaannya?
Contoh paling mudah ialah penghasilan bunyi dari tali gitar.
Tali gitar diikat pada kedua-dua hujungnya.
Apabila dipetik, gelombang maju merambat lalu memantul pada dua hujungnya.
Gelombang pegun akan terhasil dengan profil tertentu bergantung kepada panjang dan ketebalan tali.
Thnkyou info☺️
ReplyDelete