Tuesday, December 22, 2015

Rentak (beat)

Rentak ialah kesan bunyi denyutan yang terhasil apabila dua gelombang bunyi yang hampir frekuensinya berinterferens.

Katakan denyut yang didengari ialah dua denyut setiap saat, maka tempoh setiap denyut ialah 0.5 s bersamaan frekuensi rentak 2 Hz (1/T=1/0.5s).

Frekuensi rentak ialah beza antara kedua-dua frekuensi iaitu fb = |f1 - f2|.

Main simulasi berikut untuk mengetahui bagaimana rentak terbentuk
--> http://www.compadre.org/Physlets/waves/illustration18_1.cfm

Rajah berikut menunjukkan dua gelombang (garis biru dan hijau) yang sama frekuensi iaitu 100 Hz yang sefasa menghasilkan interferens membina.





Rajah berikut pula merupakan dua gelombang iaitu 100 Hz (merah) dan 110 Hz (hijau) menghasilkan rentak (biru). Didapati sesaran gelombang paduan berubah daripada maksimum kepada minimum menghasilkan kesan denyut. Kesan frekuensi rentak 10 Hz yang sama juga diperolehi sekiranya gelombang hijau berfrekuensi 90 Hz.



Antara kegunaan rentak ialah dalam melaraskan frekuensi dua alat muzik.
Katakan gitar A telah dilaraskan pada frekuensi yang dikehendaki f1.
Gitar kedua-dua dilaras sehingga rentak kedengaran menandakan frekuensinya hampir dengan f1.
Pelarasan dengan teliti akan mengurangkan frekuensi rentak sehingga rentak tidak kedengaran menandakan kedua-dua gitar telah ditala dengan sempurna.

Tuesday, December 15, 2015

Gelombang Pegun

Apakah itu gelombang pegun?

Gelombang pegun ialah gelombang yang terhasil apabila dua gelombang maju yang sama cirinya namun bergerak pada arah berlawanan bertindih.
Gelombang yang terhasil kelihatan tidak bergerak ke kiri mahu pun ke kanan.
Lihat simulasi berikut (Animasi 1 dan Animasi 2) --> http://www.compadre.org/Physlets/waves/illustration17_4.cfm

Apa yang membezakan gelombang pegun dan gelombang maju?

Terdapat beberapa ciri penting gelombang pegun tersebut, iaitu
1- terdapat titik-titik tetap berlakunya sesaran gelombang sentiasa minimum dipanggil titik nod.
2- terdapat titik-titik tetap berlakunya sesaran gelombang yang berubah-ubah dipanggil titik antinod.
3- titik nod dan antinod berselang seli
4- amplitud gelombang pegun adalah dua kali ganda amplitud gelombang maju yang membinanya.
5- frequensi gelombang pegun yang boleh dicerap melalui ayunan zarah pada titik antinod berayun pada frekuensi yang sama dengan frekuensi gelombang asal.

Bagaimana menghasilkan gelombang pegun?

Gelombang pegun pada tali boleh dihasilkan apabila ia diikat pada hujungnya supaya gelombang yang maju akan terpantul semula.
Dengan mengabaikan sebarang kehilangan tenaga, gelombang maju ke kanan akan bertindih dengan gelombang maju ke kiri (pantulan) menghasilkan gelombang pegun. (Lihat Animasi 3).

Apakah kegunaannya?

Contoh paling mudah ialah penghasilan bunyi dari tali gitar.
Tali gitar diikat pada kedua-dua hujungnya.
Apabila dipetik, gelombang maju merambat lalu memantul pada dua hujungnya.
Gelombang pegun akan terhasil dengan profil tertentu bergantung kepada panjang dan ketebalan tali.



Tuesday, September 2, 2014

Saya Kecewa. Terima Kasih Pelajar Yang Dikasihi.

Minggu ini agak mengecewakan kerana

1) dapat mengesan pelajar mengemukakan sijil cuti sakit palsu.

2) pelajar memakai selipar di dalam makmal, juga bermain handphone ketika kerja amali sambil menggoyangkan kaki.

3) pelajar di awal semester mengadu dan mengeluh apabila melakukan amali yang teorinya belum dipelajari di dalam kelas, tetapi minggu ini soalan Pre-Lab Task : State Law of Reflection telah mengambil masa lebih sejam (itu pun setelah dibantu) untuk dijawab walaupun telah berkali-kali diucapkan semasa kuliah.

4) dua kumpulan amali bergabung secara haram, dimana sebahagian ahli sahaja yang membuat amali yang lainnya termenung melihat rakannya melakukan amali.

5) tiada satu kumpulan pun yang sudah siap pre-task lab sebelum memasuki makmal sedangkan masa yang banyak menunggu bergelak ketawa di hadapan makmal tidak digunakan sebaiknya untuk menyiapkannya.

6) bila tidak tahu, tidak pula mahu bertanya.

Rasa sungguh bersalah tidak mampu mendidik dan membimbing generasi Malaysia ini.
Minta maaf pembayar cukai sekalian.
Semoga saya tetap terus bersabar menggalas beban ini.

Selama ini saya berusaha menjadikan kelas ini menarik dengan pelbagai aktiviti dan persediaan.
Saya mengorbankan banyak waktu untuk pengajaran dan pembelajaran yang sepatutnya digunakan untuk penyelidikan bagi menaikkan rating pensyarah.
Saya lebih suka membantu pelajar berbandingkan menaikkan diri sendiri, namun perjuangan ini bukan mudah.

Feeling like to cry..

Saturday, August 2, 2014

Saturday, July 19, 2014

Ujian Pertengahan Semester

Selesai sudah ujian pertengahan semester pada 19 Julai 2014 (sabtu) di DKP01 dan 03. 
Semoga dapat pulang berhari raya dengan minda yang ringan.



Sunday, July 6, 2014

Ulasan Amali GO2 Simple Pendulum

Saya telah selesai memanggil setiap subkumpulan kecil bagi amali GO2 Simple Pendulum yang dijalankan pada Isnin 16 Jun 2014 (Kumpulan A, B dan C).

Berikut merupakan ulasan saya:
  • Pelajar yang tidak hadir melakukan amali wajib membuat amali ganti, 
  • Terdapat subkumpulan yang tidak menggunakan standard cover untuk laporan amali.
  • Laporan amali hendaklah menggunakan hanya worksheet dalam lab manual.
  • Graf yang sempurna mestilah mempunyai tajuk, skala yang sesuai dan paksi berlabel.
  • Kesimpulan hendaklah menjawab objektif yang ditetapkan.
  • Sila tulis unit yang betul pada setiap kuantiti yang dihitung.
Diharapkan pelajar dapat menghasilkan laporan berkualiti berdasarkan ulasan di atas.


Tuesday, July 1, 2014

Minggu ke 4 Sem 1 2014/2015

1)Aktiviti yang tidak diredhai dalam kelas
Bermuzakarah hal2 dunia selain SFT1013
Mentelaah Kimia dengan tekun dan istiqamah

2) Amalan yang diredhai dlm kelas
Bermain dengan kalkulator
Berdebat dgn rakan sekumpulan berkaitan gelombang
Berborak dengan pensyarah dengan muka blur..
Bersatu hati dalam tugasan sft1013 yg diberi..